Thursday 14 April 2016

My Princess Umniah (Part 1)

Assalamualaikum semua...

Diwaktu petang begini.. tiba-tiba teringat masa zaman kanak-kanak dulu.. Mak Tok mesti masak kuih petang.. Kami adik beradik tak pernah miss makan kuih petang Mak Tok.. Seronok rupernya bila ada orang masakkan makanan kan.. Sekarang sendiri dah berumahtangga.. sendiri dah ada anak berderet macam keretapi... apalagi lah nak harapkan Mak Tok masakkan.. masak lah sendiri.. ehehehe

Mami nak bercerita tentang Umniah... apa istimewanya Umniah dalam hidup Mami... Macammana nak cerita... Macammana nak mula... Okay begini ceritanya...

Mami berkahwin dengan Papa sudah hampir 16 tahun.. biasalah asam garam kehidupan berumahtangga... pantai mana tidak dipukul ombak... bumi mana tidak ditimpa hujan.. sedangkan lidah lagi tergigit.. begitu jugalah kehidupan Mami dengan Papa... Kami kahwin di usia muda... Papa baru nak melangkah umur 23 tahun... Kalau ikutkan kawan2 Papa semuanya masih menikmati zaman bujang .. Tetapi Papa sudah pun berkahwin dengan Mami... Bayang kan kami sudah bertunang selama 2 tahun sebelum berkahwin..Semasa tu Papa berumur 21 tahun..  Sudah berkawan semasa di Universiti semasa Papa berumur 18 tahun... Maksudnya Papa dah terikat dengan Mami semasa Papa berumur 18 tahun... Mak aiiiii..... Masih mentah lagi... ehehehe... Mami pulak tua 2 tahun dari Papa.. (matang ler kunun).. So semasa berkahwin Mami berumur 25 tahun.

Mami dan Papa dikurniakan 2 orang cahayamata lelaki.. Abang (bukti cinta Mami Papa) dan Angah (Pengikat Kasih saying Mami Papa) dilahirkan didunia ini ... Umur selang setahun sahaja (tahun 2003 dan 2004).. Bayang kan selepas dari tahun 2004,  Mami tidak dapat cahayamata lagi walaupun sudah puas berusaha... sehingga tahun 2009.. Mami disahkan mengandung anak kembar... Allahhuakbar... Gembiranya Mami dan Papa bukan kepalang... seentario dunia... setiap pelosok dan cerok kampong Mami maklumkan... MakTok dan Tok Ayah bukan lagi gembiranya...Tetapi betullah kata orang.. kita hanya merancang.. Allah yang tentukan segala-galanya.. Masih teringat lagi Mami tengok adik kembar melompat-lompat dalam perut Mami .. Suatu hari Mami sakit teruk.. Asyik pening dan muntah2.. Badan betul2 rasa tidak sihat... Bila pergi jumpa Doktor... Doktor beritahu yang seorang kembar dah meninggal didalam perut.. Perasaan Mami ketika itu???? Mami sedih sangat... Mami menangis... Mami meraung dalam hati... Papa takder masa tu.. Mami seorang jer.. Mami kuatkan semangat.. Mami tanya , "jadi yang seorang lagi macammana Doktor?".. Doktor scan dan Mami nampak dengan mata Mami sendiri.. adik kembar masih aktif dan melompat2.. Doktor pun cakap... terngiang-ngiang di cuping telinga.. "tengok tu,  kembar ni masih sihat dan aktif.. Mami memang berharap dapat tengok adik kembar.. Mami nak sangat2 tengok sayang.. Kemudian selepas seminggu Mami sakit teruk.. Mami berjumpa Doktor lagi.. dan kali ini Doktor maklumkan yang kedua-dua kembar Mami sudah meninggal dalam kandungan.. Nak terbalik rasa dunia.. Doktor yang bagitahu tu bersahaja jer.. Macam takder perasaan langsung.. Dah lah Mami tunggu lama nak mengandung... semasa dapat tahu mengandung kembar tu Mami macam dapat durian runtuh.. Tiba-tiba Allah tarik balik... Allah pinjamkan sekejap jer kembar dalam perut Mami... Semasa menulis ni pun Mami jadi sebak.. Macammana lah Mami nak cerita perasaan Mami sayang... Walaupun hanya 5 bulan sayang dalam perut Mami... Mami sudah terasa sayang nya.. Mami sayanggggggg sangat2... Mami keluar dari bilik Doktor... berdiri belakang pintu... meraung tak berbunyi... terasa kerongkong tersekat.. air liur pun x boleh telan... air mata dah berambu ramba nie.. nak berdiri pun tak boleh dah.. lutut jadi lembik dan menggigil.. sekali lagi Papa takder juga masa ni.. Doktor suurh daftar masuk wad. Mami dipaksa untuk bersalin. Induce katanya.. Mami telefon Papa.. Maklumkan tentang perkara ini.. Dipendekkan cerita kembar Mami adalah kembar seiras.. dalam satu kantung.. kongsi uri yang sama... jadi apabila seorang sudah meninggal.. dia akan mereput didalam perut.. mengakibatkan Mami keracunan dan tidak sihat.. dan akhirnya kembar yang seorang lagi turut keracunan dan tidak dapat diselamatkan.. Mami redha.. Mami terima takdir yg ESA.. Walaubagaimanapun... Allah lebih tahu segalanya.. Mami sakit selepas kandungan Mami tidak dapat diselamatkan. Mami mengalami kemurungan... sedih sangat2.. muran dan suram jer rasa kehidupan ni..

Genap 4 bulan pemergian kembar Mami... Mami di kejutkan dengan berita gembira... Allahhuakbar... Ada insan yang sudi memberi Mami menjaga bayi nya yang baru berumur 10 hari.. Mami pegang dan teliti wajah bayi lelaki tersebut. Putih dan bersih kulitnya... Macam tak percaya Mami... Allah beri Mami anak dari syurga.. Syukran Ya Allah... Kami tatang Abang ke3 bagaikan menatang minyak yang penuh. Penuh dengan kasih saying yang melimpah ruah... Cantik bayinya... comel sangat2... Tidak lama selepas itu.. Allah uji Mami sekali lagi.. Allah beri Mami seorang lagi bayi perempuan pula kali ini... Anak syurga yang tiba-tiba berada didalam keluarga Mami... Kak Long... Semasa itu bayi tersebut baru berumur 2 hari Ya Allah... Sungguh sesuatu yang tidak disangka... Mami sayang semua anak-anak Mami... Walau ada yang bukan dari rahim Mami... Bukan kah semua pun Allah yang pinjam kan.. Mami dan Papa hanya menumpang kasih sayang mereka.. Mami terima.. Mami redha...

SELEPAS ITU... Semasa umur anak meningkat naik... Mami dan Papa masing2 sibuk dengan hal kerjaya masing2... Hubungan kami mulalah renggang... mulanya sedikit kemudian melarat menjadi lebih parah... nak dipendekkan cerita.. sedang kami dikira sudah retak menanti belah.. Allah buka kan rezeki Mami dan Papa menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Kami pergi berempat bersama Mak Tok dan Tok Ayah. Disana Mami sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan jodoh Mami dan Papa.. Kalau memang lah jodoh Mami dan Papa.. Maka Mami minta Allah wujudkan lah rasa kasih , sayang dan cinta Mami pada Papa dan sebaliknya... Tetapi jika jodoh Mami bukan lagi bersama Papa, maka Mami minta, Allah buangkan dan padamkan terus perasaan cinta Mami pada Papa dan sebaliknya... Mami juga minta dikurniakan zuriat lagi jika memang jodoh Mami dan Papa... Mami minta anak perempuan, Mami teringin nak dapat anak perempuan dari darah daging sendiri... disetiap kali solat Mami, tanpa gagal.. Mami ulang-ulang doa Mami.. Mami memang asyik meminta pada Allah... ,.. di Taman Raudhah.. di Masjidil Haram.. disemua tempat... sentiasa berulang diminda... berkata2 didalam hati... (bersambung pada Part 2 nanti yer)

No comments:

Post a Comment

Perlukan Cikgu hanya fokus pada anak anda???? Anak pening tak faham pelajaran?  Anak perlukan bantuan dalam matapelajaran? ==============...