Monday 3 April 2017

Perlukan Cikgu hanya fokus pada anak anda????
Anak pening tak faham pelajaran?
 Anak perlukan bantuan dalam matapelajaran?
==================================
Kawasan Bandar Tasik Puteri, Country Homes, Rawang, Sg. Buloh, Bukit Beruntung, Paya Jaras dan Shah Alam.
----------------

Hubungi Tutor Azlin :-
sms/whatsapp:- 0196550383
fb:- 1on1hometutor

Thursday 14 April 2016

My Princess Umniah (Part 1)

Assalamualaikum semua...

Diwaktu petang begini.. tiba-tiba teringat masa zaman kanak-kanak dulu.. Mak Tok mesti masak kuih petang.. Kami adik beradik tak pernah miss makan kuih petang Mak Tok.. Seronok rupernya bila ada orang masakkan makanan kan.. Sekarang sendiri dah berumahtangga.. sendiri dah ada anak berderet macam keretapi... apalagi lah nak harapkan Mak Tok masakkan.. masak lah sendiri.. ehehehe

Mami nak bercerita tentang Umniah... apa istimewanya Umniah dalam hidup Mami... Macammana nak cerita... Macammana nak mula... Okay begini ceritanya...

Mami berkahwin dengan Papa sudah hampir 16 tahun.. biasalah asam garam kehidupan berumahtangga... pantai mana tidak dipukul ombak... bumi mana tidak ditimpa hujan.. sedangkan lidah lagi tergigit.. begitu jugalah kehidupan Mami dengan Papa... Kami kahwin di usia muda... Papa baru nak melangkah umur 23 tahun... Kalau ikutkan kawan2 Papa semuanya masih menikmati zaman bujang .. Tetapi Papa sudah pun berkahwin dengan Mami... Bayang kan kami sudah bertunang selama 2 tahun sebelum berkahwin..Semasa tu Papa berumur 21 tahun..  Sudah berkawan semasa di Universiti semasa Papa berumur 18 tahun... Maksudnya Papa dah terikat dengan Mami semasa Papa berumur 18 tahun... Mak aiiiii..... Masih mentah lagi... ehehehe... Mami pulak tua 2 tahun dari Papa.. (matang ler kunun).. So semasa berkahwin Mami berumur 25 tahun.

Mami dan Papa dikurniakan 2 orang cahayamata lelaki.. Abang (bukti cinta Mami Papa) dan Angah (Pengikat Kasih saying Mami Papa) dilahirkan didunia ini ... Umur selang setahun sahaja (tahun 2003 dan 2004).. Bayang kan selepas dari tahun 2004,  Mami tidak dapat cahayamata lagi walaupun sudah puas berusaha... sehingga tahun 2009.. Mami disahkan mengandung anak kembar... Allahhuakbar... Gembiranya Mami dan Papa bukan kepalang... seentario dunia... setiap pelosok dan cerok kampong Mami maklumkan... MakTok dan Tok Ayah bukan lagi gembiranya...Tetapi betullah kata orang.. kita hanya merancang.. Allah yang tentukan segala-galanya.. Masih teringat lagi Mami tengok adik kembar melompat-lompat dalam perut Mami .. Suatu hari Mami sakit teruk.. Asyik pening dan muntah2.. Badan betul2 rasa tidak sihat... Bila pergi jumpa Doktor... Doktor beritahu yang seorang kembar dah meninggal didalam perut.. Perasaan Mami ketika itu???? Mami sedih sangat... Mami menangis... Mami meraung dalam hati... Papa takder masa tu.. Mami seorang jer.. Mami kuatkan semangat.. Mami tanya , "jadi yang seorang lagi macammana Doktor?".. Doktor scan dan Mami nampak dengan mata Mami sendiri.. adik kembar masih aktif dan melompat2.. Doktor pun cakap... terngiang-ngiang di cuping telinga.. "tengok tu,  kembar ni masih sihat dan aktif.. Mami memang berharap dapat tengok adik kembar.. Mami nak sangat2 tengok sayang.. Kemudian selepas seminggu Mami sakit teruk.. Mami berjumpa Doktor lagi.. dan kali ini Doktor maklumkan yang kedua-dua kembar Mami sudah meninggal dalam kandungan.. Nak terbalik rasa dunia.. Doktor yang bagitahu tu bersahaja jer.. Macam takder perasaan langsung.. Dah lah Mami tunggu lama nak mengandung... semasa dapat tahu mengandung kembar tu Mami macam dapat durian runtuh.. Tiba-tiba Allah tarik balik... Allah pinjamkan sekejap jer kembar dalam perut Mami... Semasa menulis ni pun Mami jadi sebak.. Macammana lah Mami nak cerita perasaan Mami sayang... Walaupun hanya 5 bulan sayang dalam perut Mami... Mami sudah terasa sayang nya.. Mami sayanggggggg sangat2... Mami keluar dari bilik Doktor... berdiri belakang pintu... meraung tak berbunyi... terasa kerongkong tersekat.. air liur pun x boleh telan... air mata dah berambu ramba nie.. nak berdiri pun tak boleh dah.. lutut jadi lembik dan menggigil.. sekali lagi Papa takder juga masa ni.. Doktor suurh daftar masuk wad. Mami dipaksa untuk bersalin. Induce katanya.. Mami telefon Papa.. Maklumkan tentang perkara ini.. Dipendekkan cerita kembar Mami adalah kembar seiras.. dalam satu kantung.. kongsi uri yang sama... jadi apabila seorang sudah meninggal.. dia akan mereput didalam perut.. mengakibatkan Mami keracunan dan tidak sihat.. dan akhirnya kembar yang seorang lagi turut keracunan dan tidak dapat diselamatkan.. Mami redha.. Mami terima takdir yg ESA.. Walaubagaimanapun... Allah lebih tahu segalanya.. Mami sakit selepas kandungan Mami tidak dapat diselamatkan. Mami mengalami kemurungan... sedih sangat2.. muran dan suram jer rasa kehidupan ni..

Genap 4 bulan pemergian kembar Mami... Mami di kejutkan dengan berita gembira... Allahhuakbar... Ada insan yang sudi memberi Mami menjaga bayi nya yang baru berumur 10 hari.. Mami pegang dan teliti wajah bayi lelaki tersebut. Putih dan bersih kulitnya... Macam tak percaya Mami... Allah beri Mami anak dari syurga.. Syukran Ya Allah... Kami tatang Abang ke3 bagaikan menatang minyak yang penuh. Penuh dengan kasih saying yang melimpah ruah... Cantik bayinya... comel sangat2... Tidak lama selepas itu.. Allah uji Mami sekali lagi.. Allah beri Mami seorang lagi bayi perempuan pula kali ini... Anak syurga yang tiba-tiba berada didalam keluarga Mami... Kak Long... Semasa itu bayi tersebut baru berumur 2 hari Ya Allah... Sungguh sesuatu yang tidak disangka... Mami sayang semua anak-anak Mami... Walau ada yang bukan dari rahim Mami... Bukan kah semua pun Allah yang pinjam kan.. Mami dan Papa hanya menumpang kasih sayang mereka.. Mami terima.. Mami redha...

SELEPAS ITU... Semasa umur anak meningkat naik... Mami dan Papa masing2 sibuk dengan hal kerjaya masing2... Hubungan kami mulalah renggang... mulanya sedikit kemudian melarat menjadi lebih parah... nak dipendekkan cerita.. sedang kami dikira sudah retak menanti belah.. Allah buka kan rezeki Mami dan Papa menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Kami pergi berempat bersama Mak Tok dan Tok Ayah. Disana Mami sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan jodoh Mami dan Papa.. Kalau memang lah jodoh Mami dan Papa.. Maka Mami minta Allah wujudkan lah rasa kasih , sayang dan cinta Mami pada Papa dan sebaliknya... Tetapi jika jodoh Mami bukan lagi bersama Papa, maka Mami minta, Allah buangkan dan padamkan terus perasaan cinta Mami pada Papa dan sebaliknya... Mami juga minta dikurniakan zuriat lagi jika memang jodoh Mami dan Papa... Mami minta anak perempuan, Mami teringin nak dapat anak perempuan dari darah daging sendiri... disetiap kali solat Mami, tanpa gagal.. Mami ulang-ulang doa Mami.. Mami memang asyik meminta pada Allah... ,.. di Taman Raudhah.. di Masjidil Haram.. disemua tempat... sentiasa berulang diminda... berkata2 didalam hati... (bersambung pada Part 2 nanti yer)

Sunday 10 April 2016

It's all about me...

Assalamualaikum pembaca semua. Dari saat Mami menulis ini, Mami bahasakan diri Mami. Sebab? Sebab Mami adalah Mami, Mami kepada 5 orang cahayamata. Anak2 Mami semua panggil Mami, Mami. Anak sulong Mami, Abang eja nama Mami... M A M I... jadi Mami suker sangat... :)

Semasa zaman muda Mami, Mami suka menulis. Suka membaca. Terutamanya novel2 cinta baik didalam Bahasa Inggeris mahupun bahasa tercinta Mami .. iaitu Bahasa Melayu... Mami suka bersajak.. Menulis sajak buat suami tercinta.. semasa harijadi Papa suatu masa dahulu.. Mami dah takder duit nak hadiahkan Papa hadiah harijadi.. jadi Mami duduk diam-diam dalam bilik.. feeling sorang2.. (sedih lah sangat masa tu kan...) .. jadi Mami tuliskan Papa sajak panjang lebar.. semasa menulis tu siap menangis sob sob sob atas katil.. siap peluk2 bantal macam tu.. ehehehe... kemudian Mami hantar pada Papa.. Kebetulan masa tu Papa kerja luar.. tak balik seminggu.. Alhamdulillah Papa suka dan tentu lah Mami lagi suka sebab dapat jimat kos.. kihkihkih... (nanti kalau ada masa Mami godek2 cari balik sajak yang Mami tulis pada Papa tu Mami tunjuk kat sini yer...)

Mami bukan berasal dari keluarga senang. Tok Ayah dan Mak Tok bersusah payah memelihara Mami adik beradik. Kami empat beradik jer, kemudian rezeki Allah nak bagi, Mak Tok ambil anak angkat iaitu Mak Sue, jadi adik Mami lah kan.. yang sama usia dengan anak sulong Mami, Abang. Mak Sue muda beberapa bulan daripada anak sulong Mami. Alhamdulillah... Rezeki Allah nak bagi pinjam kasih sayang di dunia ini.. Semua pinjaman di dunia.. sampai masanya nanti Allah ambil semuanya.. Mami terima semua tu..

Dulu Mami selalu terfikir (masa zaman sekolah lah).. Suatu hari nanti Mami akan berjaya dan keluar dari kepompomg kemiskinan. Mami kesian tengok Tok Ayah pergi kerja naik bas.. Tok Ayah hantar Mak Tok kerja kedai makan sebagai tukang masak naik basikal jer.. Msa tu Mak Tok kurus sangat.. Bayangkan lah sampai kawan-kawan Mak Uda (iaitu adik Mami no 3) boleh kata "ehh.. mak kau macam tengkoraklah".. kan... sedih wooo.... tengok Mak Tok masa tu... huwaaaaaaaaa.....

Mami niat dalam hati... Mami nak belajar rajin2 dan menjadi seorang doctor... Tapi semua tu angan2 .. Budak2 yang tidak tahu apa2.. Mami tak berjaya pun jadi doctor.. eheheh... Tapi Mami tak lupa cita2 Mami.. Cuma sekarang Mami dok sibuk2 suruh anak-anak jadi doctor.. Mami pun dok sibuk cerita kat anak2 tentang cita2 Mami yang tak kesampaian.. ahahaha... Mau tak stress anak-anak2 Mami sebab Mami dok tanya.."bila besar nak jadi apa?".. Nanti dia orang kena jawab "Doktor.. Mami..".. ahahaha...

Alamak Mami dah melalut nie.. sebenarnya Mami nak cerita tentang business GOBOK UMNIAH Mami ni.. aisshhhhh... Takper Mami sambung nanti yer.. Ada kejer sikit.. Bye.. Assalamualaikum..

Mami suka, Mami kasih, Mami sayang, Mami rindu dan Mami cinta keluarga Mami!!!!




Perlukan Cikgu hanya fokus pada anak anda???? Anak pening tak faham pelajaran?  Anak perlukan bantuan dalam matapelajaran? ==============...